Ahad, 11 Disember 2016 | 6:03pm
MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli hadir pada majlis resepsi Wan Imar Izzat Wan Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Shalma Ainaa Bruhanuthen di Dewan Jubli, Kuala Kangsar, hari ini. - Foto ZulSyamini Sufian Suri

Majlis resepsi Shalma, Wan Imar Izzat meriah


AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid (kiri) bersama anak keduanya, Wan Imar Izzat Wan Wan Mohammad Khair-il Anuar dan menantunya, Shalma Ainaa Bruhanuthen pada majlis resepsi pasangan itu di Dewan Jubli, Kuala Kangsar, hari ini. - Foto ZulSyamini Sufian Suri

KUALA KANGSAR: Lebih 11,000 tetamu memeriahkan majlis resepsi pasangan mempelai, Wan Imar Izzat Wan Wan Mohammad Khair-il Anuar, 25, dan pasangannya, bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, di Dewan Jubli di sini, hari ini.

Wan Imar Izzat adalah anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Ini adalah majlis resepsi kedua selepas Wan Imar Izzat dinikahkan dengan Shalma Ainaa pada 17 September lalu.

Acara yang bermula pada jam 11 pagi hingga 4 petang itu turut dihadiri penduduk daerah ini yang dijemput melalui pelbagai medium termasuk kain rentang yang digantung di sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Datuk Shahrom Abdul Malik.

Wan Imar Izzat adalah anak kedua kepada Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.

84 dibaca
Berita Harian X