Ahad, 11 Disember 2016 | 11:09am
PENDUDUK kampung berkumpul selepas merasai gegeran gempa bumi susulan sekuat lebih 4 skala ritcher yang menggoncangkan kawasan kediaman di Pidie Jaya, Aceh. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Aceh: Petugas NSTP dikejutkan dengan gempa kecil


PENDUDUK kampung berkumpul selepas merasai gegeran gempa bumi susulan sekuat lebih 4 skala ritcher yang menggoncangkan kawasan kediaman di Pidie Jaya, Aceh. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

ACEH: Gempa susulan sekali lagi menggegarkan bandar ini sebentar tadi dengan bacaan gegaran belum diketahui namun dianggarkan melebihi 4.0 skala Ritcher.

Wartawan The News Straits Times Press (M) Berhad yang ketika kejadian berada di sebuah kedai makan turut merasai gegarannya dan segera keluar ke tepi jalan.

Sementara, jurufoto kami Aizuddin Saad yang membuat rondaan di sekitar kawasan bandar dan lokasi pembersihan runtuhan turut merasai gegarannya dan berasa bergoyang di dalam kenderaan yang dinaiki.

Setakat ini, berdasarkan tinjauan awal kami, tiada lagi runtuhan baharu direkodkan dengan sebahagian besar penduduk kembali meneruskan kerja harian.

Setakat semalam hingga pagi ini, tiga gempa susulan direkodkan di kawasan ini.

Berita Harian X