Sabtu, 10 Disember 2016 | 2:48pm

Klopp minta Karius usah peduli kritikan


PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) bercakap sesuatu kepada penjaga gawangnya, Loris Karius.

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menggesa penjaga gol pasukan Liverpool, Loris Karius 'menutup telinga' terhadap kritikan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham, esok.

Bournemouth meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Liverpool hujung minggu lalu, selepas Karius terkapai-kapai dengan sepakan dari Steve Cook pada masa kecederaan yang membenarkan Nathan Ake meledak gol kemenangan.

Karius, yang menyertai Liverpool dari Bundesliga pada Mei, menggantikan Simon Mignolet sebagai pilihan pertama Klopp dan akan mengekalkan tempat itu di Anfield minggu ini walaupun melakukan kesilapan 'mahal'.

"Saya mendengar kritikan yang keras. Apabila kami menganalisa permainan itu, saya mendapati ada lapan pemain yang boleh mempertahankan gol sebelum Loris terbabit sama," kata Klopp.

"Dia juga melakukan kesilapan. Walaupun penjaga gol terbaik dunia turut melakukan kesilapan. Kami tahu kami perlu berdepan dengan tekanan. - Agensi

Berita Harian X