Sabtu, 10 Disember 2016 | 1:48pm
Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO, Datuk Hang Tuah Din bersama Bendahari Biro Kebajikan UMNO, Azizan Md Zain beramah mesra sambil menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa terjejas gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh. Foto Aizuddin Saad

Biro Kebajikan UMNO serah bantuan makanan di Aceh


Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO, Datuk Hang Tuah Din bersama Bendahari Biro Kebajikan UMNO, Azizan Md Zain beramah mesra sambil menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa terjejas gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh. Foto Aizuddin Saad

ACEH: Pasukan khas dari Biro Kebajikan UMNO diketuai bendahari biro, Azizan Md Zain serta ahli jawatankuasa biro itu, Datuk Hang Tuah Din menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa gempa bumi di Masjid Baitul Aman, Ulim, di sini.

Azizan berkata, bantuan awal makanan itu diberikan kepada puluhan mangsa wanita dan kanak-kanak yang masih menghuni khemah penempatan mangsa gempa didirikan sekitar masjid itu.

Menurutnya, kebanyakan mangsa terbabit terus dihantui trauma dan bimbang untuk pulang ke rumah masing-masing sejak Rabu lalu.

"Biro Kebajikan UMNO bersimpati terhadap nasib malang warga Aceh. Bantuan lebih besar membabitkan pakaian, khemah dan perubatan dijangka akan tiba di Aceh Isnin depan.

"Malah pihak kami merancang mengadakan kutipan derma di Malaysia bagi membantu warga Aceh membaik pulih masjid yang rosak kesan gempa bumi ini," katanya.

Berita Harian X