Jumaat, 9 Disember 2016 | 6:30pm

Lagi gempa bumi di Aceh


MASJID yang runtuh akibat gegaran di Aceh rabu lalu. - Foto AP

JAKARTA: Gempa bumi kembali menggegar lagi di Pidie Jaya, Aceh. Hari ini dengan kekuatan 5 magnitud.

Gempa bumi yang berlaku pada kira-kira jam 4.49 waktu tempatan manakala pusat gempa terletak pada 32 kilometer barat laut Pidie Jaya, dengan kedalaman 10 kilometer.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tiada kehilangan nyawa atau kerosakan tambahan akibat gempa ini.

Laporan dari Mereudeu, Pidie Jaya, menyatakan masyarakat merasakan gempa ini, namun tidak panik. - Agensi

Berita Harian X