Rabu, 7 Disember 2016 | 8:18pm

12 gempa susulan gegar Aceh


MASJID yang musnah akibat gempa di Pidie Jaya, Aceh. - Foto EPA

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik (BMKG) merekodkan 12 gempa susulan selepas gempa magnitud 6.4 berpusat di Pidie Jaya, pagi tadi.

Pegawai BMKG, Taufan Maulana berkata, sehingga jam 8.15 pagi, berlaku 12 gempa susulan dengan kekuatannya semakin lemah.

Gempa susulan terakhir direkodkan antara magnitud 3.2 hingga 4.0 skala Richter menggegarkan wilayah paling barat di Sumatera itu.

Analisis keputusan BMKG menunjukkan gempa yang berlaku jam 5.03 pagi Waktu Indonesia Barat berkekuatan magnitud 6.4 pada jarak 106 kilometer tenggara Banda Aceh pada kedalaman 15 kilometer.

Dari segi kedalaman pusat gempa, ia adalah jenis cetek disebabkan aktiviti plat gelinciran tempatan. Berdasarkan pemerhatian peta tektonik Aceh, kelihatan zon gempa adalah struktur gelinciran mendatar. -Agensi

64 dibaca
Berita Harian X