Isnin, 8 Disember 2014 | 11:35am

ADUN Sungai Burong letak jawatan Ketua Pembangkang Selangor


KETUA Pembangkang Selangor dan ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias menunjukkan surat Penolakan Tawaran Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor selepas sidang media di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta selepas menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

Pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar kemudian.

Berita Harian X