Sabtu, 3 Disember 2016 | 9:26pm

Tentera bunuh 20 pengganas PKK


Tentera Turki mengawal lokasi serangan pangkalan tentera di wilayah Hakkari. - Foto http://www.hurriyetdailynews.com/

ANKARA: Tentera Turki membunuh 20 pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) selepas mereka cuba menyerang pangkalan tentera di wilayah Hakkari tenggara negara itu, hari ini.

Menurut tentera, pengganas merentas Turki dari utara Iraq dan cuba melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera di kawasan sempadan pergunungan.

Wilayah tenggara yang menjadi kawasan majoriti puak Kurdis Turki sering bergolak sejak pencabulan gencatan senjata antara kerajaan dan PKK pada Julai tahun lalu.

PKK sebuah pertubuhan diisytiharkan pertubuhan pengganas oleh Turki, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat, mula mengangkat senjata pada tahun 1984.

Sejak pertempuran itu, lebih daripada 40,000 kebanyakan puak Kurdis terkorban. - REUTERS

Berita Harian X