Jumaat, 2 Disember 2016 | 11:55pm

Jepun, Korea Selatan tingkatkan sekatan ke atas Pyongyang


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB mengundi pagi Rabu mengenakan sekatan terhadap Korea Utara berhubung program nuklear dan peluru berpandu balistiknya. - Foto http://edition.cnn.com/

SEOUL/TOKYO: Korea Selatan dan Jepun sepakat akan melaksanakan sekatan bersama ke atas Korea Utara berhubung program nuklear dan peluru berpandu balistiknya, susulan resolusi baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara penentang itu minggu ini.

Korea Utara menolak resolusi PBB, menyasarkan mengurangkan hasil eksport tahunan Pyongyang kepada suku selepas ujian kelima dan terbesar nuklearnya September lalu, ketika satu konspirasi didalangi Amerika Syarikat (AS) menafikan kedaulatannya.

Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, lanjutan sekatan itu akan menyenarai hitam pihak berkuasa kanan Korea Utara, termasuk pembantu rapat Kim Jong Un, Choe Ryong Hae dan Hwang Pyong So.

Hwang, pada satu ketika menganggap pegawai kedua paling berkuasa Korea Utara di luar keluarga pemerintah Jong Un, menjadi subjek sekatan Perbendaharaan AS.

Korea Selatan juga berkata, ia akan mengharamkan kemasukan pakar peluru berpandu dan nuklear asing jika kunjungan mereka ke Pyongyang dianggap ancaman kepada kepentingannya.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, berkata Jepun juga akan menambah sekatan, termasuk larangan ke atas kapal yang berlabuh di Korea Utara. - REUTERS

Berita Harian X