Jumaat, 2 Disember 2016 | 2:59pm

Man United akan kembali ke puncak - Giggs

RYAN Giggs.

LONDON: Ryan Giggs yakin Manchester United akan 'kembali ke puncak' bola sepak Inggeris namun mengakui terkejut dengan kejatuhan prestasi kelab itu sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson.

United mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus ikonik mereka dengan gelaran juara namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk mereka terjunam.

David Moyes tiba di Old Trafford dan hanya bertahan selama 10 bulan dan sekali pun Louis van Gaal berjaya membawa kelab itu kembali ke saingan Liga Juara-Juara dan kejayaan Piala FA, mereka sekali lagi tersisih dengan pengurus kelahiran Belanda itu hanya bertahan selama dua tahun.

Sekali pun dengan kehadiran Jose Mourinho yang terbukti mampu membimbing pasukan menjulang gelaran utama, United tetap bergelut dan sudah pun mencipta rekod permulaan terburuk kelab itu sejak musim 1990-91.

Giggs mengakui kejatuhan United sukar untuk diterima namun pemain antarabangsa Wales itu tetap yakin juara 20 kali Inggeris itu akan kembali ke puncak liga domestik itu dalam tempoh 18 bulan akan datang.

"Pasti akan ada perubahan kerana kekuatan Sir Alex, pengaruhnya dalam tempoh yang berjaya dan menunjukkan bagaimana kamu menanganinya," kata Giggs.

"Kini ia jelas selepas kehadiran David Moyes, Louis van Gaal dan kini Mourinho, jadi saya tidak begitu terkejut kerana pengaruh yang ditinggalkan Sir Alex di dalam pasukan amat kuat.

"Apabila kamu jatuh ke tempat ketujuh, kemudian empat dan lima daripada juara, ia bukan sesuatu yang peminat biasa. Namun ini adalah masanya untuk kembali ke puncak. Tidak kira pada tahun ini atau tahun depan, saya yakin mereka akan melakukannya.

"Jelas jika ia mengambil masa lebih lama, lebih banyak tekanan terhadap pasukan," kata Giggs yang pernah menjawat jawatan pembantu pengurus di Old Trafford di bawah bimbingan Moyes dan Van Gaal. - Agensi

Berita Harian X