Selasa, 29 November 2016 | 7:16pm

Lagu Rahsia Sudut Hati pertama kali diperdengarkan

KUALA LUMPUR: Lagu Rahsia Sudut Hati yang dicipta khas untuk Perhimpunan Agung UMNO 2016 diperdengarkan buat pertama kali pada Majlis Amanat Presiden, petang tadi.

Lagu itu adalah ciptaan komposer Azmeer dan liriknya ditulis oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Liza Hanim.


BARISAN pemimpin UMNO menyanyikan Lagu Rahsia Sudut Hati pada Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). -Foto Syarafiq Abd Samad

Lirik Lagu: Rahsia Sudut Hati

Ikhlas budi ditaburi

Tak mungkin semua dapat memahami

Niat suci terpaksa dikaburi

Demi menjunjung amanah nan murni

Ketika susah sabar dicerca

Dalam senyum terselindung rasa duka

Kala dihina...pahitnya ku telan sendiri

Pengorbanan ini rahsia sudut hati

Suatu hari pasti semua akan fahami

Ku pecahkan ruyung

Biar sagunya...

Bersama...semuanya yang merasa

Komposer: Azmeer

Lirik: Tan Sri Annuar Musa

Penyanyi: Liza Hanim

Berita Harian X