Selasa, 29 November 2016 | 12:01pm

Parlimen Thailand dijangka pelawa Putera Mahkota


Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn. - Foto REUTERS

BANGKOK: Parlimen Thailand dijangka akan mempelawa Putera Mahkota, Maha Vajiralongkorn untuk menjadi Raja baharu hari ini, lebih sebulan selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej.

Raja Bhumibol, monarki paling lama di dunia mangkat pada usia 88 tahun, memainkan peranan dalam menstabilkan konflik ganas di Thailand sejak berdekad lamanya.

Pelawaan untuk menabalkan Putera Mahkota sebagai pengganti Raja sedikit sebanyak meredakan kebimbangan orang ramai yang menyangka proses penggantian mungkin tidak seperti yang dirancangkan.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, berkata bulan lalu, Putera Mahkota meminta untuk menunda upacara pertabalan kerana ingin berkabung bersama rakyat jelata.

Baginda lebih selesa mendiamkan diri sejak kematian ayahandanya dan khabar mengenai rancangan baginda hanya diketahui melalui kerajaan. - Reuters

Berita Harian X