Selasa, 29 November 2016 | 12:14am

Tujuh cedera dalam tembakan di Universiti Ohio


TUJUH cedera dan dimasukkan ke hospital dalam kejadian tembakan di Kampus Universiti Ohio - AFP

CHICAGO: Seramai tujuh orang dimasukkan ke hospital berikutan satu insiden tembakan di Universiti Ohio, pagi Isnin (waktu tempatan).

Menurut laporan media, kampus Colombus itu masih ditutup dan dalam keadaan langkah berwaspada susulan insiden berkenaan.

"Waspada: Seorang penembak aktif dalam kampus. Lari dan sembunyi," kata Pengurusan Perkhidmatan Kecemasan Universiti Ohio State menerusi Twitter.

Twitter kedua pula menyebut: 'Teruskan cari tempat perlindungan. Elak kawasan di universiti."

Laporan NBC memetik Jabatan Bomba Colombus bahawa tujuh mangsa dibawa ke hospital, dua daripadanya dalam keadaan stabil sementara lima lagi tidak dapat dipastikan.

Universiti Ohio adalah antara universiti terbesar di Amerika Syarikat dengan kira-kira 60,000 penuntut berada di kampus utama di Columbus. - Agensi

Berita Harian X