Isnin, 28 November 2016 | 5:58pm

Harga gula kekal - Hamzah


HARGA gula di pasaran kekal pada masa ini walaupun timbul spekulasi yang harga komoditi itu mungkin naik.. - Foto Khairunisah Lokman

KUALA LUMPUR: Harga gula di pasaran kekal pada masa ini walaupun timbul spekulasi yang harga komoditi itu mungkin naik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata walaupun ada permintaan daripada pengeluar supaya harga gula disemak semula, pihaknya memutuskan harga gula kekal pada RM2.84 bagi sekilogram (kg).

"Penetapan kadar harga gula bukan sahaja bergantung kepada permintaan pengeluar untuk menaikkan harga gula, tetapi turut bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas mengenai viral yang tersebar sejak minggu lalu kononnya harga gula di pasaran akan naik mulai Khamis ini.

Kali terakhir harga gula disemak semula oleh kerajaan ialah pada tahun 2013. Ketika itu harga gula RM2.50 setiap kg.

Berita Harian X