Sabtu, 6 Disember 2014 | 11:26am

Pasaran getah dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan bercampur-campur minggu depan, dipengaruhi oleh trend harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Aliran menurun di Bursa Komoditi Tokyo dan yen yang lemah juga dijangka mempengaruhi sentimen.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 1.5 sen kepada 503.5 sen sekilogram dan susu getah pukal jatuh 19.5 sen kepada 359.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 susut empat sen kepada 498.00 sen sekilogram dan susu getah pukal berkurangan 17.5 sen kepada 358.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X