Jumaat, 25 November 2016 | 11:30am

Ayda serasi dengan GINTELL De'Vano S

KUALA LUMPUR: GINTELL dengan bangganya memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat. 

Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif terbaik dan langkah strategik GINTELL untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. 

Ayda yang memegang watak utama drama 'M.A.I.D' dan telemovie 'Assalamualaikum Cinta' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal' yang turut ditaja GINTELL, memaklumkan moto 'Health Love Life' memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarganya dan dirinya.

Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan.

Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S yang lebih bercita rasa muda. 

Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja.

Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa, Ayda dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya.

Ini kerana, Ayda yakin ciri yang terdapat pada GINTELL De'Vano S dapat menyempurnakan bentuk tubuhnya agar terus tampil anggun dan segar sepanjang masa.

Sebagai Duta terbaru GINTELL, baru-baru ini, Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall Bandaraya Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan GINTELL.

Pada hari berkenaan, Ayda berpeluang untuk membuat persembahan nyanyian dan beramah mesra dengan orang ramai, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan peminat dan pelanggan GINTELL.

Bagi pembeli yang hadir pada hari itu, GINTELL turut menawarkan kombo pakej terhebat bagi kedua-dua GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3, 988. 

GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang dari leher sampai paha. 

Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dapat melegakan kesakitan dan tekanan anda dengan urutan yang selesa pada bahagian leher, pelvic, punggung dan paha. 

Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan memperbaiki metabolisme untuk meredakan nyeri bahu. 

Selain itu, ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun.

Diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah, GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan yang bergaya moden dan ergonomik. 

Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. 

GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

GINTELL yang ditubuhkan pada 1996 adalah pembekal yang terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia. 

Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan 'Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. 

GINTELL sudah mengukuhkan penjenamaan di pasaran selama 20 tahun dengan prinsip misinya yang menggalakkan kesihatan, kasih sayang serta kehidupan.

GINTELL sentiasa berada di sisi anda untuk membina kehidupan rakyat Malaysia yang lebih sihat sejahtera melalui produk penjagaan kesihatan mereka.

Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com

Anda juga boleh layari GINTELL Malaysia Facebook dan Instagram dan WeChat untuk pengumuman produk terkini dan acara yang akan datang. 

Berita Harian X