Khamis, 4 Disember 2014 | 8:54pm

Dua dikhuatiri lemas ketika menjala dekat Batu Gajah


ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang anggota tentera bersama rakannya yang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di lombong berhampiran Kampung Timah, Batu Gajah, Perak hari ini. - Foto BERNAMA

BATU GAJAH: Seorang tentera bersama sepupunya dikhuatiri lemas ketika mereka bersama tiga lagi rakan lain menjala ikan di sebuah lombong di Tronoh Mines berhampiran Kampung Timah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa yang juga keturunan Orang Asli dikenali sebagai Azirin Abdullah, 24, dan Lizhar Junus, 25, hilang dibawa arus ketika menjala bersama tiga rakan mereka yang melihat mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam dan masih gagal ditemui sehingga lewat petang, hari ini.

Saksi kejadian, Rizam Ngah, 40, berkata mereka pergi menjala ikan untuk dijadikan sebagai hidangan bagi kenduri adik Azirin yang akan diadakan beberapa hari lagi.

"Saya terkejut mendengar jeritan kedua-dua mangsa lalu ternampak mereka terkapai-kapai dalam arus deras sebelum tenggelam di tengah lombong.

"Saya panik serta tidak mampu membuat apa-apa kerana kejadian begitu pantas dan sehingga kini saya teringat-ingat keadaan mereka sebelum tenggelam serentak di hadapan mata kami," katanya ketika ditemui di sini.

21 dibaca
Berita Harian X