Selasa, 22 November 2016 | 4:13pm

FAM janji beri ganjaran kepada Faiz

YANGON: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia memberi penghargaan kepada Faiz Subri jika jaringan cantik pemain itu memenangi anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun mengakui belum menentukan bentuk habuan yang akan diberikan kepada tonggak Pulau Pinang itu.

"Saya kira sudah tentu FAM akan beri penghargaan dan kita harap jaringan itu diumumkan sebagai pemenang.

"Ia adalah penting buat negara dan saya fikir ini kali pertama jaringan pemain Malaysia tersenarai dalam anugerah itu.

"(Soal habuan) belum dapat kita fikirkan lagi, apapun tunggu keputusan (anugerah itu) itu dulu dan sudah pasti barisan Exco FAM akan tentukan," katanya.

Hamidin yang juga pengurus Harimau Malaysia kini berada di Yangon sempena Piala AFF Suzuki.


TONGGAK Pulau Pinang, Faiz Subri. - Foto Danial Saad
81 dibaca
Berita Harian X