Sabtu, 23 Ogos 2014 | 11:30am

Pasaran getah dijangka terus positif minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan momentum positif minggu depan, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), kata peniaga.

Mereka berkata, pasaran hadapan getah di TOCOM mungkin mencatat peningkatan tertinggi mingguan sejak Jun, dipacu kenaikan dalam ekuiti Jepun dan kelemahan yen.

Peniaga lain bagaimanapun berkata, pelabur mungkin kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi di negara ekonomi terbesar dunia. Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi penjual Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 menokok lima sen kepada 520 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut sembilan sen kepada 417.5 sen sekilogram.

Harga penutup penjual tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 naik tiga sen kepada 521 sen sekilogram dan lateks pukal turun enam sen kepada 423 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X