Ahad, 20 November 2016 | 1:07pm

Banjir kilat, satu pusat pemindahan dibuka di Gerik


KEADAAN banjir yang melanda Gerik pagi tadi.

IPOH: Beberapa kawasan di Gerik, Lenggong, Batu Gajah, Bagan Datoh dan Kuala Kangsar dilanda banjir kilat awal pagi tadi dan setakat ini hanya sebuah pusat pemindahan dibuka di Gerik.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Perak, empat mangsa daripada sebuah keluarga dari Kampung Padang dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Gerik apabila rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat malam tadi.

Katanya, kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Ramasamy, Kampung Kerunai, Bendang Kerajaan, Pekan Gerik, Taman Permai, Taman Desa Kasih, Taman Air Suda 1 dan Taman Air Suda 2.

Banjir kilat turut mengakibatkan jalan utama Batu 3 Jalan Tanjung Tualang dekat Batu Gajah dan sebuah rumah berhampiran dinaiki air berpunca daripada saluran parit yang tersekat.

Menurutnya, sebanyak 10 kampung iaitu enam di Mukim Rungkup dan empat di Mukim Bagan Datoh manakala tujuh buah rumah di Kampung Kati dan Bendang Ujib dekat Kuala Kangsar serta Kampung Beng di Lenggong turut dinaiki air. - BERNAMA

Berita Harian X