Sabtu, 19 November 2016 | 11:18am

Ahmad Bashah bantu mangsa kemalangan


DATUK Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membantu dua beranak yang cedera selepas motosikal mereka kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara. -Foto Ihsan Pejabat MB

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetepikan protokol untuk bergegas membantu dua beranak yang cedera selepas motosikal mereka kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu betul-betul di hadapan kereta dinaiki Ahmad Bashah ketika beliau dalam perjalanan menghadiri Konvensyen UMNO Kedah di Sungai Petani, yang dijadual bermula jam 9.30 pagi.

Ahmad Bashah membantu dua beranak berkenaan yang terbaring, manakala pengiring beliau, Sarjan Azizi Hussain menghubungi ambulans.

Yang turut berada di lokasi ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang kebetulan menggunakan laluan sama untuk ke Sungai Petani.

Menurut polis, kedua-dua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Berita Harian X