Khamis, 17 November 2016 | 4:34pm

Lelaki parah ditetak


Mangsa ditetak empat suspek lelaki berparang di Taman Cempaka Sari, Butterworth. - Foto Ihsan Pembaca

BUTTERWORTH: Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Lorong Chempa, Raja Uda, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an bersama seorang rakan baru keluar dari kedai sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dinaiki kumpulan suspek.

Sumber berkata, mangsa bersama rakannya kemudian terjatuh ke atas jalan raya sebelum diserang suspek.

"Terdapat empat suspek di dalam kereta berkenaan sebelum mereka dengan bersenjatakan parang keluar untuk menetak mangsa. Mangsa parah akibat ditetak pada tangan, badan, kepala dan kaki " katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X