Rabu, 16 November 2016 | 9:38am
Anggota bomba mengeluarkan kaki kiri kanak-kanak 8 tahun yang tersepit dalam mangkuk tandas di Kamunting malam tadi. - Foto ihsan Bomba

Kaki budak 8 tahun tersepit mangkuk tandas


Anggota bomba mengeluarkan kaki kiri kanak-kanak 8 tahun yang tersepit dalam mangkuk tandas di Kamunting malam tadi. - Foto ihsan Bomba

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Kamunting, dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu mangsa, jam 7.41 malam.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Murni, Kamunting," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba didapati kaki kiri Adam Fahizi Mohd Husni tersangkut dalam lubang tandas jenis mencangkung.

Berikutan itu, katanya, bomba memecahkan mangkuk tandas berkenaan bagi membolehkan kaki mangsa dikeluarkan.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 9 malam dan mangsa hanya cedera ringan.

44 dibaca
Berita Harian X