Selasa, 15 November 2016 | 6:18pm

Nasir antara 3 digugur ke Yangon


WAKIL jawatankuasa Eksekutif FAM yang diketuai Datuk Sivasundaram (empat dari kiri) serta Pengurus Besar Pemasaran Sukan dan Perniagaan Kumpulan TM, Siti Farah Diba Abd Ghani (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kapten, Amri Yahyah; Penolong Kapten, Baddrol Bakhtiar dan Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (kanan) pada majlis meraikan skuad Harimau Malaysia dan sidang media senarai penuh pemain untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2016, hari ini. - Foto Osman Adnan

KELANA JAYA: Tiga pemain sah digugurkan daripada skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar, Sabtu ini.

Mereka adalah pemain tengah Perak, Nasir Basharudin; pertahanan kiri Melaka, Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain tengah Terengganu, Safawi Rasid.

Perkara itu diumumkan oleh pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Nasir dan Khuzaimi digugurkan susulan mengalami kecederaan, sementara Safawi pula berikutan terlalu banyak pemain yang boleh mengisi posisi terbabit.

Pengguguran tiga pemain terbabit menyaksikan Kim Swee kini memiliki skuad 23 pemain terbaik untuk menghadapi saingan di Yangon itu.

Berita Harian X