Sabtu, 12 November 2016 | 9:39pm

Sultan Nazrin hadir rumah terbuka Deepavali


SULTAN Nazrin berkenan bersalaman dengan orang ramai ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri di Padang SMK Buntong, malam ini. - Foto L Manimaran

IPOH: Kira-kira 5,000 pengunjung membanjiri perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buntong di sini malam ini bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri dan memeriahkan majlis itu.

Ketibaan baginda pada jam 8.45 malam disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Pada majlis itu, sebanyak 40 gerai makanan disediakan bagi pengunjung menikmati pelbagai jenis hidangan termasuk sajian makanan tradisional masyarakat India.

Antara sajian yang dihidangkan termasuk tosei, roti canai, idli, capati dan mee goreng mamak.

Berita Harian X