Isnin, 7 November 2016 | 8:34am
HARRY Kane. - Foto EPA

Southgate panggil Wilshere, Kane


JACK Wilshere. - Foto Reuters

LONDON: Jack Wilshere dan Harry Kane dipanggil semula menyertai skuad England bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Scotland Jumaat ini dan perlawanan persahabatan menentang Sepanyol, umum Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), hari ini.

Wilshere yang juga pemain tengah Arsenal, dipinggirkan daripada dua skuad sebelum ini tetapi prestasinya semakin baik ketika dipinjamkan ke Bournemouth yang menyaksikan dia memperoleh lebih banyak peluang bermain.

Penyerang Tottenham, Kane pula baru pulih daripada kecederaan buku lali yang menyebabkan dia terpaksa dipinggirkan bagi kelayakan 2018 yang berlangsung bulan lalu menentang Slovenia dan Malta.

"Jack Wilshere adalah pemain yang kami rasakan mempunyai kelas tersendiri dan kini memperoleh lebih banyak peluang bermain lebih daripada 90 minit," kata pengurus sementara England, Gareth Southgate dalam laman web FA.

Pertahanan Manchester United, Chris Smalling dan Luke Shaw pula tidak disenaraikan dalam skuad seramai 25 pemain itu selepas kedua-duanya disahkan tidak cergas selepas United menewaskan Swansea 3-1, awal pagi tadi.

Pemain tengah, Dele Alli juga tercicir daripada senarai selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan Sabtu lalu. Rakan sepasukannya dari Spurs, Kyle Walker pula perlu menjalani ujian kecergasan bersama pegawai perubatan England susulan kecederaan babak kedua yang menyaksikan seri 1-1 ketika menentang Arsenal, malam tadi.

England, pendahulu Kumpulan F, bertemu Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada 15 November ini, juga di Wembley.

Barisan skuad England:

Penjaga gol: Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Torino, loan from Manchester City), Tom Heaton (Burnley);

Pertahanan: Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Phil Jagielka (Everton), Michael Keane (Burnley), Danny Rose (Tottenham Hotspur), John Stones (Manchester City), Kyle Walker (Tottenham Hotspur);

Pemain tengah: Eric Dier (Tottenham Hotspur), Danny Drinkwater (Leicester City), Jordan Henderson (Liverpool), Jack Wilshere (AFC Bournemouth, loan from Arsenal), Adam Lallana (Liverpool), Jesse Lingard (Manchester United), Wayne Rooney (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Andros Townsend (Crystal Palace);

Penyerang: Theo Walcott (Arsenal), Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester City). - Reuters

Berita Harian X