Khamis, 3 November 2016 | 1:19pm

Ronaldo jumpa budak koma

WARSAW: Bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dipertemukan semula dengan peminat berusia 15 tahun dari Poland, yang kembali sedar daripada koma dengan mendengar video ulasan gol tonggak Portugal itu.

David Pawlaczyc terlantar koma selama tiga bulan selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika menunggang basikal pada 2013.

Bagaimanapun dengan menggunakan teknik mencetuskan kemenangan ke atas mangsa koma, Pawlaczyc akhirnya sedar gara-gara mendengar beberapa video ulasan jaringan terhebat Ronaldo buat Real.

Ditemani oleh ibu bapanya, Pawlaczyc berkunjung ke sini untuk bertemu Ronaldo menjelang pertembungan Liga Juara-Juara, antara Real dan Legia Warsaw semalam.

"Saya gembira untuk melihat dia dalam keadaan baik. Dia amat sihat dan semakin baik," kata Ronaldo dalam video yang dimuat naik akaun Twitter Real. - AFP

BINTANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dipertemukan semula dengan David Pawlaczyc yang kembali sedar daripada koma dengan mendengar video ulasan gol tonggak Portugal itu.
Berita Harian X