Rabu, 2 November 2016 | 11:43pm

2 maut motosikal bertembung


DUA penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Dua-Kepala Batas malam ini.

KEPALA BATAS: Dua penunggang maut selepas motosikal mereka bertembung antara satu sama lain di Jalan Sungai Dua-Kepala Batas, dekat Kampung Setol, Permatang Buloh, di sini, malam ini.

Kejadian kira-kira jam jam 8.30 malam itu, dikatakan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa, Amir Hafizi Hamzah, 24, yang menghala ke Kepala Batas cuba memotong sebuah van sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Dia kemudian merempuh motosikal yang ditunggang seorang lagi mangsa, Mohd Kyabell Che Sahar, 30, yang dalam perjalanan menuju ke Sungai Dua.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat.

Berita Harian X