Isnin, 1 Disember 2014 | 1:04pm
SEORANG petugas mengisi minyak di tangki sebuah kenderaan dekat stesen minyak di Jakarta. - Foto EPA

Inflasi Indonesia 6.23 peratus pada November

JAKARTA: Kadar inflasi Indonesia meningkat kepada 6.23 peratus pada November daripada 4.83 peratus pada Oktober, kata jabatan statistik selepas kerajaan negara itu mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 30 peratus.

Kaji selidik Reuters sebelum ini tampil dengan unjuran kadar inflasi tahunan sebanyak 6.06 peratus pada November.

Pada asas bulan ke bulan, inflasi juga naik mendadak kepada 1.50 peratus daripada 0.47 peratus pada Oktober.

Presiden Joko Widodo mengumumkan kenaikan harga petrol pada 17 November lalu.

Inflasi teras yang tidak termasuk naik turun harga makanan dan barang kawalan, naik kepada 4.21 peratus pada November berbanding 4.02 peratus bulan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X