Selasa, 1 November 2016 | 10:26am

Saya minta hadiah tapi diceraikan - Reham Khan


Reham (kiri) dan Imran Khan. - Foto Daily Pakistan

ISLAMABAD: Bekas isteri Imran Khan, Reham Khan, mendakwa dia meminta bekas pemain kriket yang beralih menjadi ahli politik itu hadiah ulang tahun perkahwinan tahun lalu sebaliknya beliau diceraikan.

Reham berkata, pada 31 Oktober tahun lalu beliau secara berjenaka mahukan hadiah lebih awal menjelang ulang tahun perkahwinan mereka.

"Sebaliknya dia menceraikan saya," kata Reham kepada Geo News.

Bekas pemain kriket legenda Pakistan dan Wartawan Penyiaran itu mengumumkan keputusan untuk berpisah pada 30 Oktober, 10 bulan selepas perkahwinan mereka Januari lalu.

Laporan mendakwa perceraian berlaku kerana Imran kurang senang dengan sikap Reham yang suka mencampuri urusan politiknya.

Perkahwinan Imran dan Reham adalah yang kedua selepas mengahwini Jemima Goldsmith selama sembilan tahun dan berakhir dengan perceraian pada Jun 2004.

Perkahwinan antara Pengerusi parti Tehreek-i-Insaf (PTI) dan Jemima itu dikurniakan dua anak lelaki. - Agensi

Berita Harian X