Jumaat, 28 Oktober 2016 | 6:03pm

Liverpool sudah temui identiti sendiri: Ferguson

ANFIELD: Liverpool kini menemui identiti sendiri di bawah kendalian Juergen Klopp, yang mengubah kelab Merseyside itu menjadi pencabar dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, kata bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

The Reds sudah memenangi sembilan daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan berada di tangga ketiga dengan hanya perbezaan satu gol di belakang pendahulu, Manchester City.

"Dia melakukan tugas yang baik dan menghidupkan semula semangat Liverpool," kata Ferguson yang memenangi liga 13 kali kepada media British.


BEKAS pengurus Manchester United, Alex Ferguson. - Foto AP

"Ia boleh terjadi jika kelab besar tewas. Selama dua dekad, Liverpool menukar pengurus tanpa membina identiti mereka sendiri.

"Anda kini boleh berasa baik. Kamu boleh melihat betapa dedikasinya Klopp di tepi padang, saya yakin dia melakukan perkara sama ketika sesi latihan. Dia mempunyai personaliti yang kuat. Itu perkara yang amat penting dalam sebuah kelab.

"Saya risau mengenainya kerana perkara utama yang tidak dimahukan United adalah Liverpool berada di atas kami," katanya.

Liverpool akan bertemu Crystal Palace (di kedudukan ke-11 liga) di Selhurst Park 12.30 tengah malam esok. - Reuters

17 dibaca
Berita Harian X