Jumaat, 28 Oktober 2016 | 6:00pm

Ronaldo ucap tahniah kepada JDT


PENYERANG sensasi Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Sumber FB Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Jangan terperanjat, juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini turut mendapat perhatian penyerang sensasi Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Dalam satu entri terbaharu dalam bentuk rakaman video menerusi akaun rasmi Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers (JST), pemain berkenaan mengucapkan tahniah kepada juara Piala AFC 2015 itu.

Berikut kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook JST:

Ucapan istimewa kepada penyokong JDT daripada Cristiano Ronaldo.

"Congratulations (tahniah) JDT. Yeahhhh.'

Dalam rakaman video singkat itu, kelihatan bersama pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu adalah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil memegang jersi pasukan Portugal nombor 7.

Berita Harian X