Jumaat, 28 Oktober 2016 | 7:50am
ANGGOTA bomba menangkap anak buaya yang memasuki sebuah rumah di Kampung Masa'an, Siburan malam tadi.
ANAK buaya yang berjaya ditangkap diikat untuk diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak.

Anak buaya masuk rumah

[gn4id:17047821]

PADAWAN: Sebuah keluarga di Kampung Masa'an, Siburan, di sini cemas apabila seekor anak buaya memasuki rumah mereka, malam tadi.

Kehadiran reptilia sepanjang kira-kira satu meter itu disedari keluarga terbabit pada jam 8.20 malam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, mereka menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 malam.

Dua jentera termasuk sebuah ambulans unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi pada jam 8.40 malam, anggota kami menemui seekor anak buaya di ruang dapur rumah berkenaan.

"Kami menggunakan penjerut ular untuk menangkapnya sebelum mengikatnya untuk diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak," katanya.

Berita Harian X