Jumaat, 28 Oktober 2016 | 12:00am

Kekalkan ketahanan bulu mata


Kelenjar lakrimal dalam mata menghasilkan sebahagian besar daripada air mata

SOALAN: Saya berusia 35 tahun, sering mengalami masalah bulu mata gugur. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Sharifah Munira Syed Jamaluddin
Taman Seputeh,
Kuala Lumpur

Bulu mata sebahagian daripada bulu yang tumbuh pada badan. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan keayuan seseorang.

Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Kebiasaannya bulu mata yang gugur akan tumbuh semula. Proses ini dinamakan madarosis.

Namun begitu, jika keguguran bulu mata berkaitan dengan penyakit kronik yang lain, ia adalah sesuatu yang serius kerana bulu mata yang gugur mungkin tidak tumbuh semula.

Dalam keadaan itu, keguguran bulu mata amat ketara dengan jumlah yang amat banyak. Madarosis berlaku setiap hari tanpa kita sedari. Apabila menggosok kelopak mata kita dengan kasar, bulu mata boleh gugur.

Begitu juga jika wanita cuba menanggalkan mekap terutama maskara. Ramai yang tidak menyedari maskara yang mereka pakai pada bulu mata juga menyebabkan bulu mata menjadi berat dan mudah gugur.

Jangkitan kuman pada bulu mata juga menyebabkan bulu mata yang terbabit akan gugur.

Stye atau tembil, adalah jangkitan kuman pada kelenjar minyak pada kelopak mata. Apabila liang berdekatan bulu mata tersumbat, kuman bakteria akan menjangkiti kelenjar ini menyebabkan bulu mata rosak dan gugur.

Radang pada kelopak mata juga disebut sebagai blepharitis. la juga menyebabkan keguguran bulu mata.

Cara mengurangkan keguguran bulu mata dan menggalakkannya agar tumbuh semula?

Beberapa langkah penjagaan boleh diamalkan:

1 Pengambilan multivitamin setiap hari akan merangsang pertumbuhan bulu mata, contohnya makanan tambahan yang kaya dengan zink, omega hijau, serta kacang. 3 dan vitamin B kompleks. Makanan harian yang kaya dengan protein seperti kekacang dan vitamin C akan memastikan bulu mata lebih kukuh.

2 Gunakan pelembap yang mengandungi aloe vera dan hyaluronik acid pada bahagian bulu mata setiap hari bagi mengekalkan kelembapan pada bahagian itu.

3 Kurangkan pengunaan mekap tebal terutama maskara dan penggaris mata bulu mata kerana cenderung gugur. Bagi individu yang mempunyai kulit yang sensitif, penggunaan produk kecantikan begini akan menyebabkan bulu mata gugur.

4 Stres memainkan peranan yang penting dan salah satu faktor yang menyebabkan keguguran bulu mata. Stres akan mengeluarkan hormon seperti cortisol yang akan menyebabka bulu mata gugur.

Kawalan stress dan tidur yang cukup amat penting untuk memelihara kesihatan bulu mata.

5 Pengunaan produk perubatan kosmetik yang mengandungi protein polipeptide dan keratin akan merangsangkan pertumbuhan bulu mata dengan efektif. Produk ini harus disapukan seperti maskara setiap hari untuk beberapa bulan untuk menampakkan hasilnya.

Jika masalah keguguran bulu mata ini sangat teruk dan selepas mencuba makanan tambahan dan produk perubatan kosmetik, maka harus berjumpa doktor untuk melakukan ujian memastikan keguguran bulu mata itu bukan disebabkan masalah penyakit kronik atau dalaman.

Pemeriksaan darah biasanya disyorkan untuk mengetahui lebih lanjut punca keguguran bulu mata.

Info: Cara mudah panjangkan bulu mata

Rapi bulu mata dengan sikat secara kerap

- Lakukan dengan kerap dan akan lihat hasilnya. Ini adalah kaedah semulajadi.

Sapu Vaseline sebelum tidur?

Produk 'petroleum jelly' seperti Vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata.Gunakan putik kapas atau berus maskara untuk menyapu Vaseline pada mata.

Guna minyak semulajadi

Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang, ini sekali gus membantu memanjang dan melembapkan bulu mata

Sapu Vitamin E

- Pakai losyen yang mengandungi vitamin E kerana ia membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata.

Pengambilan kaya vitamin B Kompleks

- Vitamin B Kompleks terdapat dalam makanan seperti avokado, keju, kubis bunga, badam, sayuran hijau, serta kacang. Pakar kecantikan, Pakar Estetik, Klinik Pesona

- Pakar kecantikan, Pakar Estetik, Klinik Pesona.

118 dibaca
Berita Harian X