Selasa, 25 Oktober 2016 | 10:39am

Seorang terbunuh insiden pergaduhan


MANGSA yang terbunuh dalam insiden pergaduhan di Mukah malam tadi

MUKAH: Seorang lelaki terbunuh dalam insiden pergaduhan di laluan masuk ke sebuah ladang sawit di Ulu Sungai Arip, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kes pergaduhan itu membabitkan lebih 40 individu yang melarikan diri sejurus kejadian berlaku.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Ini termasuk mengenal pasti motif sebenar pergaduhan itu dan pihak yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur dijangka mengadakan sidang media hari ini berhubung kejadian berkenaan.

Berita Harian X