Sabtu, 29 November 2014 | 6:21pm
CP115 Podium - (dari kiri); Kasma Daniel (P1), Izzat Zaidi (P2) dan Rozaiman Mohd Said (P3). - Foto NSTP
JUARA Cub Prix 2014, (dari kiri); Izzat Zaidi (CP115). Zaqhwan Zaidi (CP130) dan Khairul Idham (WIRA). - Foto NSTP
WIRA Podium - (dari kiri); Fairuz Nasir (P1), Saiful Izman (P2) dan Azam Omar (P3). - Foto NSTP
CP130 Podium - (dari kiri); Adib Rosley (P1), Ahmad Fazli Sham (P2) dan Azhar Abdul Jalil (P3). - Foto NSTP

Adib tamat penantian juarai CP130 di Alor Setar

ALOR SETAR: Mohd Adib Rosley mengakhiri saingan musim 2014 dengan cemerlang apabila berjaya meraih gelaran juara buat pertama kali dalam kelas CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 yang berakhir di sini, hari ini.

Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu berjaya mendahului kedudukan dari pusingan awal dan menamatkan 18 pusingan dengan masa keseluruhan 15:13.239s mengatasi pelumba berpengalaman, Ahmad Fazli Sham, (PETRONAS Yamaha Maju-Motor) di tempat kedua dengan masa 15:15.423s.

Mohd Azhar Abd Jalil melengkapkan kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 15:21.553s.

"Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya memenangi perlumbaan CP130 sejak mula beralih ke kelas perdana ini tahun lalu.

"Saya berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan," jelas Adib yang meraih pencapaian terbaik di tangga ketiga pada Pusingan 5 di Temerloh, Pahang dan Pusingan 6 di Kluang, Johor.

Sementara itu, dengan gelaran juara keseluruhan sudah menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing), penamat di kedudukan ke-10 sudah cukup buat Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) untuk menamatkan musim di tangga kedua dengan mengumpul 129 mata.

Malang menimpa Ahmad Afif Amran apabila terjatuh pada peringkat awal perlumbaan yang menyaksikan dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 120 mata. Zaqhwan unggul di tangga teratas dengan 171 mata.

Dalam saingan CP115, kejutan turut berlaku apabila Kasma Daniel Kasmayudin berjaya muncul juara sekali gus menidakkan hasrat juara keseluruhan, Mohd Izzat Zaidi Salehan untuk membantu pasukan Motul Yamaha YY Pang meraih kemenangan sempurna daripada kesemua 10 perlumbaan musim ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12:56.793s manakala Izzat yang bermula dari petak ke-14 muncul naib juara dengan masa 12:59.824s.

Tempat ketiga dimenangi Mohd Rozaiman Mohd Said (Givi Honda Yuzy Racing) dengan masa 13:01.452s.

KEPUTUSAN

CP130

Final

1 Adib Rosley (Yamaha)................. 15'13.239s

2 Ahmad Fazli Sham (Yamaha)..... 15'15.423s

3 Azhar Abdul Jalil (Yamaha)....... 15'21.553s

4 Zamri Baba (Honda).................... 15'22.617s

5 Sasitharen Sukumaran (Honda).. 15'23.462s

Kedudukan Keseluruhan

1 Zaqhwan Zaidi (Honda).............. 171 mata

2 Norizman Ismail (Honda)............ 129

3 Ahmad Afif Amran (Yamaha).... 120

4 Ahmad Fazli Sham (Yamaha)..... 118

5 Adib Rosley (Yamaha) ..................108

Anugerah Berpasukan

1 Givi Honda Yuzy Racing............................ 243 mata

2 PETRONAS Yamaha CKJ .............................224 mata

3 Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B.. 196 mata

4 PETRONAS Yamaha Maju Motor................. 194 mata

5 Motul Yamaha YY Pang............................... 183 mata

CP115

Final

1 Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha).... 12'56.793s 2 Izzat Zaidi Salehan (Yamaha)...................... 12'59.824s

3 Rozaiman Mohd Said (Honda) ..................13'01.452s

4 Rozaliman Zakaria (Yamaha) ....................13'03.111s

5 Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha)...... 13'04.028s

Kedudukan Keseluruhan

1 Izzat Zaidi Salehan (Yamaha).................. 198 mata

2 Zaidy Zaifaizal (Yamaha)......................... 156

3 Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha).... 132

4 Amirul Ariff Musa (Honda) ......................114

5 Elly Idzlianizar Ilias (Honda) ....................104

Anugerah Berpasukan

1 Motul Yamaha YY Pang A............ 330 mata

2 Motul Yamaha YY Pang B............ 202

3 Givi Honda Yuzy Racing ...............186

4 PETRONAS Yamaha Maju Motor....163

5 M Seki Liberty Honda ....................162

WIRA

Final

1 Fairuz Nasir (Yamaha) .............................10'30.143s

2 Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha).. 10'32.561s 3 Azam Omar (Yamaha) .................................10'39.539s

4 Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha)............ 10'42.210s

5 Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha)....... 10'42.910s

Kedudukan Keseluruhan

1 Khairul Idham Pawi (Honda)..................... 216 mata

2 Fairuz Nasir (Yamaha)................................ 119

3 Afiki Supaat (Yamaha) ...............................117

4 Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha).... 106

5 Amirul Hakim Rizal (Yamaha)................... 97

Berita Harian X