Isnin, 24 Oktober 2016 | 2:29pm

46 syarikat pengusaha umrah Asia Barat sertai eskpo

gn4id:16979255

KUALA LUMPUR: Sebanyak 46 syarikat pengusaha umrah dan haji dari negara Asia Barat menyertai Expo Antarabangsa Umrah dan Haji 2016 kali Ke-7 yang diadakan di Hotel Shangri La, di sini, hari ini.

Ia dianjurkan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata ekspo itu membolehkan pengusaha menawarkan pakej lebih murah, selain mendidik masyarakat luar supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

"Pada masa sama, orang ramai perlu mengetahui petunjuk harga minimum bagi pakej asas ekonomi umrah iaitu sebanyak RM4,990. 

"Ia membabitkan perbelanjaan seperti makan dan minum, tiket kapal terbang, visa, penginapan serta upah mutawif.

"Sehubungan itu, pihak kementerian berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej yang berada di bawah paras minimum dicadangkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)," katanya berucap pada majlis pelancaran ekspo berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden BUMITRA, Harith Mohd Ali dan Timbalannya, Harun K C Ahmmu.

Berita Harian X