Isnin, 24 Oktober 2016 | 12:00am
SASTERAWAN Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh pada Pelancaran Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali
TIGA dari kiri, Sasterwan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh dan (Empat Dari Kiri) Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak pada Pelancaran Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali

Ilmu sains, sastera berpisah tiada


DARI kiri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh pada Pelancaran Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali

PEMISAHAN antara sains dan sastera serta nilai yang dibawa disifatkan tindakan yang 'dibuat-buat' sedangkan kedua-duanya menjadi bidang ilmu yang perlu dipelihara.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata sebagai universiti sains, nilai yang dimiliki dalam kesusasteraan bukan sahaja perlu diperkenal kepada pelajar, bahkan dibangunkan dalam diri mereka.

"Saya selalu bertanya kepada orang sains yang kita mempunyai pelbagai disiplin ilmu sains tetapi di manakah pula kedudukan nilai dan letaknya kita dalam ilmu itu?


PENGERUSI Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak pada Pelancaran Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali

Ilmu tiada nilai

"Sebagai orang sains, ada kalanya saya berasa seolah-olah tertipu melihat ilmu yang kita ada tetapi pada masa sama kontang nilainya," katanya ketika melancarkan program Sembang Pohon Keranji di kediaman Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh di Impian Golf Resort, di sini.

Yang turut hadir Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron dan Pengurus Besarnya, Sakri Abdullah.


TIMBALAN Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang pada Pelancaran Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali

Dzulkifli turut berkongsi pengalamannya yang menegaskan kesepaduan antara sains dengan sastera ketika memegang jawatan Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menyifatkan dirinya sebagai orang sains yang perlu dibina jiwa sasteranya ketika mula-mula memegang jawatan berkenaan pada 2000.

Beliau menjemput Muhammad untuk bersama-sama dengan USM, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mempelajari sastera, termasuk syair dan pantun daripada SN keenam itu lebih sedekad.

"Malahan di USM pada ketika itu terdapat ungkapan dalam sains ada sastera dan dalam sastera ada sains.

Sumbangan pengertian ilmu

"Muhammad banyak menyumbang kepada pengertian ilmu yang bukan sahaja dari aspek nilainya, bahkan bagaimana untuk membangunkan kampus dengan nilai kesejagatan dan berinteraksi dengan alam.

"Semoga acara ini dapat membangunkan wahana dan nilai yang dapat menjadikan USIM sebagai universiti yang bukan sahaja dikenali dari aspek sains, bahkan Islam dan sasteranya," katanya.

Sempena majlis itu juga, buku Maal Hijrah turut dilancarkan serentak dengan pelancaran Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang fokus usaha membantu komuniti melalui gabungan sastera dan budaya.

Sementara itu, Hassan Basri berkata, naskhah Gema Puisi Maal Hijrah yang mengandungi 109 puisi oleh 70 penyair, memaparkan nilai kesejagatan tinggi dan tidak bercanggah dengan nilai Islam seperti disebutkan Allah SWT melalui surah Al-Syu'ara.


PELANCARAN Program Sembang Pohon Keranji di Kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh di Pesiaran Impian Gemilang Golf Resort. - Foto Shiraz Ali

"Ia mengenai gagasan penyair yang perlu mematuhi syariah dalam berkarya.

"Allah SWT mencerca dan mencela penyair yang bercakap mengenai perkara yang tidak dilakukan, termasuk juga tindakan memuji dan mengeji secara berlebihan," katanya.

Sembang Pohon Keranji adalah program wacana sastera dan budaya yang akan diadakan di kediaman Muhammad serta lokasi luar bersesuaian secara berkala dan akan menghimpunkan karyawan seni USIM, penyair tanah air dan rakan strategiknya.

Berita Harian X