Ahad, 23 Oktober 2016 | 2:52pm

Lelaki maut nahas 2 kereta


DUA kenderaan bertembung di Jalan Beraya Lama, Miri menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian. - Foto ihsan Bomba

MIRI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Saga di Jalan Beraya Lama, di sini pagi ini.

Chong Fui Ching yang memandu Perodua MyVi, dilaporkan tersepit di tempat duduknya dan mati di tempat kejadian dalam nahas kira-kira jam 8.50 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.55 pagi sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri ke tempat kejadian.

"Setiba di lokasi pada jam 9.16 pagi, didapati dua kenderaan terbabit kemalangan dengan seorang pemandu tersepit dalam salah sebuah kenderaan. Tiga lagi mangsa dalam Proton Saga berjaya keluar dari kenderaan dan hanya cedera ringan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Berita Harian X