Jumaat, 28 November 2014 | 7:38pm
PETUNJUK pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini, diheret saham wajaran tinggi berkaitan minyak dan gas. - Foto hiasan/Surianie Mohd Hanif

Saham KL ditutup rendah bagi hari kedua

KUALA LUMPUR: Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini, diheret saham wajaran tinggi berkaitan minyak dan gas.

Pada jam 5 petang, indeks itu susut 9.02 mata untuk ditutup pada 1,820.89.

Petronas Dagangan dan SapuraKencana Petroleum adalah antara 10 syarikat yang rugi, masing-masing jatuh 52 sen kepada RM16.08 dan 29 sen kepada RM2.80.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan itu dipengaruhi hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) semalam yang memutuskan untuk tidak mengurangkan pengeluaran.

"Ini menyebabkan harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir terendah dalam tempoh empat tahun dengan tempiasnya turut dirasai syarikat termasuk SapuraKencana dan Petronas Dagangan," katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan SapuraKencana Petroleum menyasarkan sahamnya dapat disenaraikan semula dalam senarai kemas kini saham patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti, tahun depan.

Peniaga itu berkata, data ekonomi global yang lemah dicatatkan Jepun, turut memberi kesan kepada pasaran tempatan.

Jepun yang juga negara ekonomi ketiga terbesar dunia, baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk menangguhkan langkah menaikkan cukai jualan kepada tahun depan yang menyebabkannya mengalami kemelesetan.

Kadar inflasi pengguna Jepun pada Oktober adalah 2.9 peratus berbanding setahun lalu yang menepati unjuran pasaran tetapi lemah daripada tiga peratus yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 64.95 mata kepada 12,539.10, Indeks FBMT100 jatuh 57.58 mata kepada 12,227.59, FBM 70 merosot 52.41 mata kepada 13,582.18, FBM Ace turun 86.22 mata kepada 6,319.75 dan Indeks FBM Emas Syariah Index berkurangan 97.52 mata kepada 13,036.26.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 57.50 mata kepada 16,275.66 tetapi Indeks Perusahaan menokok 1.86 mata kepada 3,331.68 dan Indeks Perladangan meningkat 31.95 mata kepada 8,333.51.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 609 berbanding 241 dengan 292 kaunter tidak berubah, 562 tidak diniagakan dan 26 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.87 bilion unit bernilai 1.99 bilion daripada 1.55 bilion unit bernilai RM1.36 bilion pada Kha mis. Daripada saham wajaran tinggi, Maybank susut sembilan sen kepada RM9.46, TNB jatuh empat sen kepada RM14.26 manakala Public Bank berkurangan dua sen kepada RM18.58.

Dalam kalangan saham cergas, Sumatec jatuh satu sen kepada 25.5 sen, Uzma susut 37 sen kepada RM2.13 dan UMW turun 36 sen kepada RM2.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.35 bilion unit bernilai RM1.89 bilion daripada 1.06 bilion unit bernilai RM1.24 bilion, semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 429.47 juta saham bernilai RM90.75 juta daripada 447.32 juta saham bernilai RM111.21 juta.

Waran meningkat kepada 80.38 juta unit bernilai RM75.5 juta daripada 34.64 juta unit bernilai RM5.43 juta, sebelumnya.

Barangan pengguna merangkumi 68.99 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (163.53 juta), pembinaan (47.47 juta), perdagangan dan perkhidmatan (763.99 juta), teknologi (60.31 juta), prasarana (23.24 million), SPAC (74.69 juta), kewangan (48.52 juta), hotel (1.73 juta), hartanah (79.25 juta), perladangan (13.97 juta), perlombongan (95,500), REITs (9.24 juta) dan dana tertutup (213,600). - BERNAMA

Berita Harian X