Selasa, 18 Oktober 2016 | 1:16pm

Puspanathan jadi Timbalan Ketua JSJ Perak


KETUA JSJ Perak, Datuk Gan Tian Kee menyaksikan majlis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya di Selangor, Asisten Komisioner W Puspanathan dan Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di IPK Perak, Ipoh, pagi tadi. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya di Selangor, Asisten Komisioner W Puspanathan dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Puspanathan, 46, menyandang jawatan berkenaan menggantikan Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, 48, yang dinaikkan pangkat dan menyandang jawatan Ketua JSJ Selangor berkuat kuasa pada 21 Oktober ini.

Pada tahun 2003 hingga 2006, Puspanathan pernah bertugas sebagai Pegawai Turus Cawangan Jenayah Berat (D9) Perak sebelum berpindah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Antara jawatan yang disandang, Ketua Bahagian JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor; Ketua Bahagian JSJ IPD Brickfields dan Penolong Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STarRT) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua JSJ Perak, Datuk Gan Tian Kee yang berlangsung di IPK Perak, di sini, pagi tadi.

Berita Harian X