Selasa, 18 Oktober 2016 | 12:04am
PERSEMBAHAN fesyen bertema 'Black & White' hasil rekaan fesyen daripada Rizmanruzaini pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

Rizman Ruzaini bina jaringan jayakan kempen

PERSEMBAHAN fesyen bertema 'Black & White' hasil rekaan fesyen daripada Rizmanruzaini pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

MINAT dan jujur dalam kerja antara resipi memacu kejayaan pereka duo terkenal, Rizman Ruzaini, untuk bertahan lebih sedekad ke hari ini.

Banyak jaringan perniagaan dijalin pereka muda ini, menjadi penanda aras kepada hasil kreativiti dicetus mereka menerima sambutan menggalakkan.

Terkini, beliau bekerjasama dengan jenama penjagaan badan, Nivea Men dalam Black and Black Collections by Rizman Ruzaini untuk pakaian sedia pakai. Sebelum ini, mereka bekerjasama dengan pusat beli-belah Tesco.

Rizman berkata, jalinan kerjasama untuk pereka, bukan untuk kepuasan peribadi semata-mata, sebaliknya membantu membuka ruang lebih luas untuk membina jenama.

Lebih daripada itu, ia membolehkan orang ramai yang ingin memiliki persalinan pereka ini pada harga mampu milik.

"Setiap kerjasama itu ada cabaran tersendiri, antaranya memenuhi keinginan syarikat dengan prinsip rekaan kami tonjolkan. Dari segi idea, biasanya kami banyak merujuk pentas peragaan antarabangsa supaya koleksi ditampilkan menarik pengguna untuk memilikinya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di ibu negara, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan.

Kerjasama itu diadakan sejajar dengan kempen Nivea Men, Don't Stain Your Favourite Outfit. Sempena kempen itu, Nivea menyediakan butik kecil, di pinggir jalan Bukit Bintang, berhias dua bekas deodoran besar jenis semburan dan sapu, berwarna hitam putih dalam rangkaian Nivea Men Deodorant Invisible for Black & White.

PERSEMBAHAN fesyen bertema 'Black & White' hasil rekaan fesyen daripada Rizmanruzaini pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

Persembahan fesyen bertema 'Black & White' hasil rekaan fesyen daripada Rizmanruzaini pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

Kerjasama menyeronokkan

Rizman berkata, mereka menerima pelawaan kerjasama dengan Nivea Men sejak tiga bulan lalu dan gembira dapat menghasilkan pakaian sedia pakai bertemakan hitam putih yang sememangnya menjadi tanda jenama mereka sejak menjadi pereka fesyen.

"Kami menampilkan koleksi sedia pakai dengan konsep moden dan bergaya. Antara perincian yang kami tumpukan ia dari segi potongan dan permainan panel.

Umum mengetahui, menghasilkan persalinan berpandukan hitam putih, memang mencabar, tetapi cabaran itulah sebenarnya bahagian paling menyeronokkan," katanya.

DUA pereka fesyen Rizmanruzaini yang memperagakan pakaian bertemakan 'Black & White' pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

Persembahan fesyen bertema 'Black & White' hasil rekaan fesyen daripada Rizmanruzaini pada pelancaran R & R Nivea di Outdoor Walkaway, Fahrenhiets 88, Bukit Bintang. - Foto Nik Hariff Hassan

Pelbagai pilihan

Sebanyak 12 persalinan untuk lelaki dan wanita ditampilkan, antaranya baju T, skirt dan aneka potongan celana. Untuk lelaki, ada jenis polos, tidak kurang yang potongan tidak simetri. Ikon huruf dua R yang melambangkan Rizman Ruzaini, menjadi titik tumpu dalam hampir setiap potongan.

Untuk wanita, ada celana panjang dan senteng. Bagi yang gemarkan skirt, ada pilihan skirt kembang dan gaun labuh berikat di pinggang yang manis potongannya.

Bagi mereka berdua, fesyen satu cara untuk menunjukkan siapa kita tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

"Saya berpegang prinsip ini setiap hari supaya dapat membaiki diri untuk mencapai mercu jaya lebih tinggi. Jenama ini adalah rakan kerjasama hebat untuk Rizman Ruzaini berkembang maju dan menjadi gedung fesyen lebih terkenal," katanya.

INFO: Rizman Ruzaini

* Label gabungan bakat kreatif dua pereka muda, Rizman Nordin, 31 asal Pulau Pinang dan Wan Ruzaini Wan Jamil, 31 asal Perak.

* Kedua-duanya berkelulusan Sarjana Muda Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

* Antara artis yang menggayakan rekaan mereka, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah dan Pija.

83 dibaca
Berita Harian X