Isnin, 17 Oktober 2016 | 4:43pm

MAIK terima zakat perniagaan KPJ Perdana RM173,000


PENGARAH Eksekutif Hospital Pakar Perdana (KPJ), Ruslan Ahmad (dua kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM173.000.00 kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Nizam Tengku Aziz (dua kiri) untuk Zakat Perniagaan KPJ Perdana Specilist Hospital di Dewan Utama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Lundang, Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar.

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerima sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM173,000 daripada Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana), hari ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Ab Hadi, berkata sumbangan itu adalah zakat perniagaan hospital berkenaan bagi tempoh kewangan berakhir 2015.

Katanya, sehingga kini, kutipan zakat diperolehi MAIK mencapai kira-kira RM121.71 juta.

"Sasaran kutipan zakat MAIK tahun ini RM171 juta berbanding tahun sebelumnya yang mempeoleh RM161 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan daripada KPJ Perdana kepada MAIK, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohammad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Eksekutif KPJ Perdana, Roslan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Perdana, Yasser Arafat Ishak.

Nik Mohd Azlan berkata, MAIK

yakin pembayaran zakat daripada institusi bank, badan korporat dan individu, akan meningkatkan lagi hasil kutipan zakat di negeri itu setiap tahun.

"Sebagai institusi agama di negeri ini, peningkatan atau penurunan hasil zakat bukanlah ukuran utama.

"Yang lebih penting ialah unsur amanah yang dijadikan agenda utama kami untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan seperti golongan asnaf," katanya.

Sementara itu, Yasser Arafat berkata, berdasarkan rekod, KPJ Perdana telah membuat pembayaran zakat kepada MAIK sebanyak tujuh kali.

Berita Harian X