Isnin, 17 Oktober 2016 | 2:55pm

Alderweireld belum pasti diturunkan Spurs


TOBY Alderweireld. - Foto Reuters

LONDON: Ia akan menentukan berapa jauh Tottenham Hotspur boleh melangkah ketika mereka akan memulakan saingan selaku pilihan dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara di Bayer Leverkusen awal pagi Rabu ini tanpa kehadiran pertahanan utama, Toby Alderweireld.

Spurs masih belum mengesahkan bahawa pertahanan tengah Belgium itu akan menyertai penyerang England, Harry Kane yang tidak akan memulakan permainan.

Namun ketika Alderweireld meninggalkan padang sambil memegang lututnya di West Bromwich Albion Sabtu lalu, ia membayangkan bahawa dia juga tidak akan bermain.

"Ia akan menjadi sesuatu yang sukar buatnya (Alderweireld) untuk bermain," kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, yang mengatakan ujian selanjutnya dilakukan sebelum itu.

Kane sudah diketepikan hampir sebulan kerana kecederaan di pergelangan kaki tanpa menyatakan bila dia akan kembali.

Alderweireld beraksi pada tahap terbaik bersama rakan sepasukan, Jan Vertonghen di bahagian pertahanan tengah Spurs dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Pengaruh pemain Belgium itu melebihi tugas menghalang pasukan lawan menjaringkan gol. Hantaran bolanya, tiga dilakukan dengan tepat sebelum kecederaan Sabtu lalu, mencetuskan idea untuk gaya permainan Spurs.

Ketika ketiadaan Alderweireld, Pochettino boleh menggunakan sama ada Eric Dier atau Kevin Wimmer bersama Vertonghen di pertahanan.

Wimmer, pertahanan tengah Austria, dipinggirkan musim ini tetapi dia adalah pengganti sesuai musim lalu ketika diperlukan.

Selain kecederaan, Tottenham akan ke Jerman dengan keyakinan ketika mereka bersedia untuk bermain empat perlawanan dalam 11 hari.

Ketika Spurs menjadi satu-satunya pasukan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris. - REUTERS

Berita Harian X