Jumaat, 14 Oktober 2016 | 10:53pm

Upacara penghormatan terakhir Raja Bhumibol di Istana Besar esok


RAKYAT Thailand menunggu di luar Istana Besar di Bangkok untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Raja Bhumibol Adulyadej. - Foto AP

BANGKOK: Upacara pemakaman mengikut agama Buddha untuk Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej bermula esok di kompleks Istana Besar dekat sini, sebelum mayat baginda disiapkan untuk tatapan dan penghormatan terakhir rakyat untuk raja yang sangat mereka sayangi.

Konvoi Diraja yang diketuai van yang membawa mayat baginda dan sami Bhumibol dipandu ke arah kompleks Istana Besar dari Hospital Siriraj, tempat raja berjiwa rakyat itu menghembuskan nafas terakhir.

Hospital itu sudah menjadi kediaman baginda sejak beberapa tahun bagi memudahkan pasukan perubatan memantau beberapa penyakit yang dihidapi baginda, antaranya masalah paru-paru, hati, buang pinggang, otak dan darah.

Sebelum tiba di perkarangan istana, konvoi itu melalui Sungai Chao Phraya untuk menuju ke kompleks kediaman raja, antara tarikan pelancong di Thailand yang dilengkapi muzium dan beberapa kuil.

Turut mengiringi mayat baginda, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang lengkap berpakaian istiadat tentera berwarna putih dengan lilitan kain hitam di lengan, duduk bersama sekumpulan sami yang tekun membaca mantera sebelum menghampiri istana Phiman Rattaya. Lokasi utama untuk upacara pengebumian diraja.

Ribuan rakyat duduk dalam kedudukan empat hingga lima lapisan di sepanjang jalan raya, sambil teresak-esak dan menunduk ketika kenderaan membawa mayat baginda lalu.

Ramai antara mereka yang berkhemah sejak 24 jam lalu. Sambil memegang gambar dan wang kertas yang terpampang wajah mendiang raja. - AP

Berita Harian X