Rabu, 12 Oktober 2016 | 9:33pm

Mourinho mampu julang United - Cantona


BEKAS legenda Manchester United, Eric Cantona. - Foto Reuters

LISBON: Bekas legenda Manchester United, Eric Cantona yakin skuad kendalian Jose Mourinho mampu kembali mencabar kejuaraan selepas kali terakhir memenangi Liga Perdana Inggeris tiga tahun lalu.

"Ini baru permulaan. Manchester masih mampu bergelar juara. Jose Mourinho adalah pengendali yang berjaya di kelab berjaya di mana tahun ini dibarisi pemain-pemain yang berjaya," kata Cantona.

"Tetapi ini adalah kejuaraan yang amat sukar, penuh dengan pasukan-pasukan hebat dan pengendali hebat seperti Pep Guardiola (Manchester City)."

Sejak Alex Ferguson bersara selepas memenangi liga pada tahun 2013, Manchester United sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh, keempat dan kelima.

Satu-satunya piala besar yang dirangkul dalam tempoh itu ialah Piala FA musim lalu.

Cantona, 50, memenangi empat kejuaraan liga bersama United sebelum bersara pada tahun 1997.

Dia kini tinggal di Lisbon, Portugal. - AFP

Berita Harian X