Rabu, 12 Oktober 2016 | 9:56am

Setengah jam tahan sakit kaki tersepit


KAKI kanak-kanak yang tersepit berjaya dikeluarkan.

KAMPAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam selepas kaki kanannya tersepit pada kerusi rehat di rumahnya berhampiran pejabat Majlis Daerah Kampar, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.23 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dihantar ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati seorang kanak-kanak lelaki sedang mengerang kesakitan kerana kakinya tersepit di kerusi rehat," katanya.

Katanya, ketua operasi kemudian mengarahkan anggotanya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu menggunakan pemutar skru dan peralatan bersesuaian sebelum operasi tamat pada jam 7.54 malam.

Berita Harian X