Jumaat, 7 Oktober 2016 | 3:30pm

Kerajaan DAP Pulau Pinang akui dasar perumahannya lemah

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, mengakui terdapat kelemahan dalam dasar pengagihan rumah kos rendah dan sederhana rendah kepada penduduk negeri itu.

EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata pihaknya akan menyiasat maklumat berhubung aktiviti sewa beli rumah kos rendah dan sederhana rendah yang giat dijalankan pemilik tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan negeri sedar mengenai aktiviti sewa beli kediaman kos rendah dan sederhana rendah di negeri ini. Ia ia adalah di bawah pemantauan kami.

"Kami turut mengalu-alukan aduan mengenai aktiviti sewa beli berkenaan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak terbabit," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Parti Cinta Malaysia (PCM) semalam, yang mendakwa sebuah pangsapuri jenis kos sederhana rendah di Bukit Gambir di sini, dimiliki golongan berkemampuan.

Malah, semakan turut mendapati beberapa unit kediaman di pangsapuri berkenaan turut disewakan dan dijual lebih dua kali ganda berbanding nilai asal.

Berita Harian X