Rabu, 5 Oktober 2016 | 9:59pm

Taufan Chaba: 108 penerbangan di Jepun dibatalkan

BANJIR melimpahi di jalan dekat Busan akibat Taufan Chaba. - Foto EPA

TOKYO: Serangan Taufan Chaba menyebabkan 2,500 sekolah ditutup di Korea Selatan sementara puluhan ribu rumah di sepanjang pantai selatan negara itu bergelap.

Di ibu kota ini, syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines membatalkan 108 penerbangan domestik sementara agensi berita Kyodo melaporkan syarikat penerbangan kecil turut menangguhkan perjalanan mereka.

Taufan itu membadai kawasan pinggir selatan Korea Selatan awal pagi ini, membawa hujan lebat yang menyebabkan air sungai melimpah, membanjiri jalan di bandar serta memaksa pembatalan penerbangan besar-besaran.

Agensi kaji cuaca Jepun menyatakan ribut ganas itu itu bergerak ke timur laut di luar rangkaian kepulauan kecil Tsushima berhampiran selatan Kyushu, Jepun membawa angin dengan kelajuan 180 kilometer sejam.

Jabatan Meteorologi Jepun itu mengeluarkan amaran angin kencang, hujan lebat, ombak tinggi dan banjir, meliputi sebahagian besar kawasan di barat Jepun.

Taufan Chaba bakal membadai pulau utama Jepun di Honshu petang ini sebelum bergerak ke Pasifik esok, lapor agensi.

Agensi berita Kyodo pula melaporkan Penerbangan Nippon dan Japan membatalkan penerbangan manakala ada antara syarikat penerbangan kecil terpaksa menundakan penerbangan.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran angin kencang, hujan lebat, gelombang tinggi dan banjir, meliputi sebahagian besar wilayah barat Jepun.

Taufan itu dijangka melanda pulau utama Jepun, Honshu petang hari ini sebelum bergerak menuju ke Pasifik esok.

Terdahulu, taufan yang sama mengorbankan dua nyawa dan mencetuskan banjir kilat di Korea Selatan. - AFP

Berita Harian X