Rabu, 26 November 2014 | 8:23pm

Piala AFF: Malaysia, Thailand terikat 1-1 babak pertama


BABAK pertama Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi. - Foto ihsan FoxSport

KUALA LUMPUR: Malaysia terikat 1-1 dengan Thailand selepas tamat separuh masa pertama kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Bermula lebih agresif skuad Harimau Malaya membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-28 hasil jaringan Amri Yahyah dalam saingan Kumpulan B ini.

Thailand yang bangkit mengemaskan semula permainan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Adisak Kraisorn.

Berita Harian X